Wednesday, July 23, 2008

Bercengkerama Dengan Lukisan-Nya

Entah mengapa sejak kecil saya memang suka memandang langit pada waktu malam. Langit dan jutaan bintang yang luas terbentang menenangkan hati saya dan semakin lama saya pandang ke langit semakin tenteram hati ini. Langit seakan-akan berkata, “Oh, lihatlah betapa indahnya Tuhan menciptakan aku. Lihatlah warna-warni yang dihiaskan pada diriku. Lihatlah bagaimana Dia membentuk diriku dengan keindahan yang begitu menyejukkan. Lihatlah bagaimana Sang Pelukis Agung membentangkan karya-Nya. Pandanglah diriku... Semoga engkau beroleh hikmah dariku..”

Wahai sahabat, mari kita renungkan Lukisan Agung di bawah ini...

******

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” (QS 1:2)

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir” (QS 3:190)

Kali ini saya ingin mengajak sahabat2 melihat sebuah cahaya indah yang bernama Aurora. Aurora adalah pancaran cahaya alami, yang biasanya timbul pada malam hari khususnya di daerah kutub. Para ilmuwan menyebutnya sebagai Aurora Kutub.

Pada garis lintang utara, fenomena ini disebut sebagai Aurora Borealis yang sering muncul sebagai cahaya menyala berwarna kemerah-merahan. Aurora Borealis biasanya juga disebut sebagai Northern Lights sebagaimana cahaya ini hanya didapati pada langit utara di bahagian sekitar kutub utara. Aurora Borealis sering muncul pada bulan September hingga Oktober dan pada bulan Mac hingga April. (Wikipedia)

Pada bagian kutub selatan bumi, aurora ini dinamakan Aurora Australis sebagaimana yang terlihat pada gambar di bawah ini.

Aurora Australis terlihat di Kutub Selatan pada September 11, 2005

Difoto oleh NASA’s IMAGE satellite [Upload foto dari Wikipedia]

******

Aurora Borealis terlihat dari Pesawat Antariksa Atlantis pada misi STS-117

[Upload foto dari NASA Earth Observatory]

******

Aurora Northern Lights muncul bersamaan dengan bulan purnama

Foto Oleh brother jack4pics

******

Aurora Borealis di atas pegunungan Talkeetna, Alaska

Foto Oleh brother jack4pics

******

“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun?” (QS 50:6)

******

******


******

******

Aurora Northern Lights di atas danau Schwatka, Yukon, Canada

Foto Oleh brother Peter Lytwyniuk

******

Aurora di atas danau Pingvallavatn

Foto Oleh brother LalliSig

******

Aurora Borealis

Foto Oleh brother Ivar G

******

Aurora di atas Winter Cottage

Foto Oleh brother LalliSig

******

“Maka bagi Allah-lah segala puji, Pencipta langit dan bumi, Tuhan semesta alam” (QS 45:36)

******

“Ya Allah, Engkau-lah Pelukis Yang Agung”

*********

:: Untuk penjelasan lanjut mengenai Aurora, sila lihat Wikipedia.

Tuesday, July 22, 2008

Apakah Pembangunan Mampan ?

Secara ringkas, pembangunan mampan ialah “ pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, social dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya “


Untuk maklumat lanjut, sila layari....



PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR : TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Petikan ini diambil dari khutbah Jumaat ( 15 September 2006 / 22 Sya’ban 1427 H )

الْحَمْدُ للهِ الَّذِى أَكْمَلَ لَنَا الدِّيْنَ وَأَتَمَّ عَلَيْنَا النِّعْمَةَ وَرَضِى لنَاَ الإِسْلاَمَ دِيْنًا. أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، إِتَّقُوْا اللهََ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Mudah-mudahan dapat menjadikan kita hamba yang dikasihi Allah serta mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Tatamu Allah Yang Dimuliakan,

Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kebahagian hidup dan menjalani kehidupan dengan penuh keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian nikmat dari Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin. Terutamanya, nikmat air, udara, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan sebagainya yang merupakan ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

Sememangnya Allah s.w.t. menjadikan alam ini sebagai kemudahan dan keperluan bagi kehidupan hambanya. Segala kemudahan dan ciptaan Allah sama ada di langit mahupun di bumi merupakan nikmat Allah kepada hambanya. Dan dalam masa yang sama manusia diamanahkan menjadi khalifah untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik. Disamping menggunapakai segala kemudahan tersebut untuk urusan keperluan hidup dengan faedah yang terbaik. Dengan ertikata kita tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w., terutamanya Allah memerintah agar manusia sentiasa menjaga dan memanfaatkannya tanpa melakukan sebarang kerosakan. Hal ini sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 56 :


Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Bersempena dengan sambutan minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 12 September 2006 yang lalu, maka mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jamaah dan seluruh rakyat Malaysia untuk merenung tentang suatu amanah Allah s.w.t. yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita semua iaitu : “ PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR : TANGGUNGJAWAB BERSAMA “

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Pada hari ini masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air pembuangan sisa toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal, pengurangan sumber bumi dan sebagainya telah mengakibatkan berlaku dan hilangnya ketidak seimbangan kepada alam sekitar. Kerana itu, permasalahan ini menjadi ancaman dan menjadi topik perbincangan hangat oleh setiap lapisan masyarakat, sehingga krisis ini memaksa pihak kerajaan berusaha bersungguh-sungguh bagi menanganinya supaya ianya sentiasa terkawal dan terpelihara.

Kerana itu, selain peranan pihak kerajaan untuk menyelesaikan krisis dan kemelut permasalahan alam sekitar yang berterusan ini, maka satu pendekatan pemahaman dikalangan rakyat khususnya umat Islam yang tidak mendalami ilmu dan peradaban Islam yang beranggapan bahawa permasalahan serta isu-isu berkaitan alam sekitar merupakan perkara yang tiada hubung kait dengan ajaran Islam.
Justeru, fahaman seumpama ini sememangnya salah dan perlu diperbetulkan, kerana hakikat sebenarnya ialah segala hal-hal yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang dasar. Khususnya ilmu tauhid (usuluddin) yang mempunyai hubungan yang erat dengan hal-hal pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang ada didalamnya, sama ada berupa makhluk yang hidup atau yang mati, yang berakal atau sebaliknya. Kesemua ini membawa kepada petunjuk yang nyata akan wujudnya Allah s.w.t. dan akan mendekatkan diri manusia dengan Allah Yang Maha Mencipta.

Hadirin Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Islam juga telah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga alam sekitar. Perkara ini sering diberi peringatan oleh Allah s.w.t. dalam banyak bentuk seperti mengajak manusia berfikir akan kejadian alam dan dikaitkan dengan apakah kesudahan yang akan menimpa manusia sekiranya tuntutan menjaga alam sekitar diabaikan. Khususnya bagi manusia yang mempunyai sifat tamak dan keinginan mengejar kemajuan ekonomi serta pembangunan sehingga sanggup mengadai dan mengenepikan soal kepentingan menjaga pemuliharaan alam sekitar.

Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap benca alam yang berlaku adalah kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 :


Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Kita sedia maklum bahawa unsur terpenting yang mengimbangi kehidupan manusia di dunia ini ialah air dan udara. Dimana ¾ bumi Allah ini adalah diliputi air dan ¼ daripadanya merupakan daratan. Namun begitu 97 % daripada air tersebut merupakan air masin (air laut) dan tidak boleh digunakan untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hanya kira-kira 0.6% sahaja air di bumi ini untuk keperluan hidup manusia dan dalam masa yang sama ianya dikongsi bersama oleh manusia dan haiwan serta tumbuhan-tumbuhan. Cuba kita renung? Jika sejumlah kecil air yang terdapat ini pula telah dikotori dan dicemari oleh sikap manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab, maka sudah pasti kita yang akan menerima kesan buruk akibat pencemaran tersebut.

Di antara perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air ialah :

Sikap membuang sampah sarap ke dalam aliran air seperti longkang, sungai, tali air, kolam dan sebagainya.

Disebabkan oleh air buangan dari kilang perindustrian seperti sisa- sisa minyak dan sebagainya yang terus disalurkan longkang dan ke sungai tanpa dirawat terlebih dahulu.

Buangan air kumbahan dari rumah atau kediaman yang tidak disalurkan ke sistem pembetungan.

Pembuang sisa-sisa minyak dan sisa racun makhluk perosak ke dalam sungai dan laut.

Air kelodak dari hakisan bukit-bukit akibat penebangan pokok-pokok yang tidak terkawal dan air tanah tersebut kemudiannya mengalir ke dalam sungai.


Akibat daripada kesemua perbuatan yang disebutkan tadi, telah mengakibatkan sungai-sungai dan lautan kita tercemar. Malahan telah membunuh ikan-ikan serta hidupan air. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menyekat peluang rezeki para nelayan kita, malahan telah mengancam keselamatan hidup. Kerana kita tidak selamat lagi untuk menggunakannya air tersebut bagi tujuan kegunaan harian seperti untuk bersuci, mandi, dan menggunakannya sebagai air minuman.

Sidang Jumaat Tatamu Allah Yang Dimuliakan,

Selain daripada kepentingan air kepada manusia, udara yang bersih juga amat perlu dalam kehidupan kita. Tanpa air kita masih boleh hidup untuk beberapa hari, tetapi tanpa udara kita tidak boleh hidup. Ini menunjukkan betapa pentingnya udara kepada kita. Maka, udara yang bersih merupakan nikmat Allah yang perlu dipelihara dan dikekalkan. Lebih-lebih lagi ianya merupakan keseimbangan bagi makhluk-makhluk Allah yang lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Maka kesedaran mengenai udara yang tercemar perlu diberi perhatian yang serius oleh semua lapisan masyarakat. Kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia seperti kesukaran pernafasan, sakit paru-paru, asma atau lelah dan penyakit jangkitan mata. Selain daripada itu pencemaran udara juga menyebabkan berlakunya jerebu yang teruk dan berlaku peningkatan suhu bumi. Maka marilah sama-sama kita merenung dan menginsafi perbuatan kita. Kerana Allah s.w.t amat membenci kepada orang-orang yang mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada orang lain.

Kesimpulannya, terdapat beberapa pengajaran daripada khutbah pada hari ini diantaranya :

1. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur dan membangunkan bumi, menerusi aktiviti pertanian, perindustrian dan pembangunan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar.

2. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah Allah s.w.t. untuk kita gunakan dan mengurusnya dengan penuh bijaksana.

3. Janganlah kita menggadaikan segala kurniaan Allah ini hanya untuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup tanpa memikirkan hak-hak makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menumpang seperti kita di atas bumi Allah ini.

4. Pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang ada didalamnya, sama ada berupa makhluk yang hidup atau yang mati, yang berakal atau sebaliknya. Kesemua ini membawa kepada petunjuk yang nyata akan wujudnya Allah s.w.t.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم :


Maksudnya : “ Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat tuhannya ”.

( Surah Ibrahim ayat : 34 )


بَارَكَ اللهُ ِلىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ الْعَظِيْم، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِالآْيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم. أَقُوْلُ قَوْلِىْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْم .

Sunday, July 20, 2008

Tabiat 'TAKPA' Bumi Merana!


Senarai Peraturan dan Perintah yang Dikuatkuasakan Dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
(Pindaan 1996)
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977
(Pindaan 1982)
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan), 1977
• Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas), 1977
• Perintah-Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) (Pindaan), 1978
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah), 1978 (Pindaan 1980)
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan), 1978
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian), 1979
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor), 1985
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)
(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 1987
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan Dan Pelupusan Buangan
Terjadual), 1989
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan Dan Pelupusan
Buangan Terjadual), 1989
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1993
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Ke Atas Penggunaan Klorofluorokarbon dan Lain-lain Gas Sebagai
Propelan dan Agen Pengembang), 1993
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin) (Pindaan), 1994
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1994
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Terhadap Penggunaan Bahan Terkawal Di Dalam Sabun, Bahan Cuci
Sintetik dan Agen Pencuci Lain), 1995
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Disel), 1996
• Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol), 1996

Banyak peraturan dan perintah Kualiti Alam Sekeliling yang telah ditetapkan di Malaysia... Tetapi kenapa pencemaran masih berleluasa?? Siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang harus dipersalahkan atas semua perkara ini?? Untuk pengetahuan semua, hukuman mandatori telah ditetapkan ke atas mana2 Syarikat yang membuang Sisa Buangan Terjadual (sisa toksik) iaitu penjara 5tahun DAN denda RM500 000. Kenapa susah sangat sebahagian pemilik2 kilang2 dan para pemaju pembangunan utk patuh Akta ini? Huh! Ni yang nak marah ni...huhu..

Insya Allah, jika berkesempatan saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman berkhidmat di Jabatan Alam Sekitar negeri Selangor sebagai industrial trainee..

Saturday, July 19, 2008

Pilihan di Tangan Anda...

~Patuhi papan tanda di Jalanraya ini agar tidak menyesal di kemudian hari...~
(Double Click gambar ini utk paparan yang lebih jelas)

KEMBALI - Far East

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Terangilah ku dgn 'nur' iman Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah

Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosa ku

Laksana buih di laut memutih
Hanyut di telan gelombang nafsu


Hari-hari yang telah aku lalui
Inginku tinggalkan terus bersemadi


Ingin aku kembali kepada fitrah insani

Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi

Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah

Pimpinlah daku ke jalan redha Mu
Moga sinar Mu terangi hidupku
di dalam kegelapan
Aku kan kembali pada Mu Rabbi
MangadapMu Ya Rabbal Izzati
Segala ketentuan ku pasrahkan di hujung penghayatan..

Ingin aku kembali kepada fitrah insani

Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi

Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

Ampunilah segala dosa ku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut di telan gelombang nafsu

Testing 1..2..3...


Assalamualaikum wrb... kepada sahabat2 handai..
Alhamdulillah pada Jam 0218 (waktu Malaysia) bertarikh 20hb Julai 2008, berjaya juga saya mewujudkan blog ini.. Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.. Insya Allah.. Harap beri tunjuk ajar yer..