Sunday, October 18, 2009

Diriku kini pendidik~

Setelah 8 bulan bersungguh-sungguh membantu dalam penyelidikan Pendidikan Sains Tauhidik di UKM, kini aku telah beralih arah ke bidang perguruan. Aku telah menerima tawaran sebagai guru jQAF di negeri KeADiLan.. Apabila dihitung dan ditapis kembali, sangat berat rasanya pentauliahan sbg guru ni.. Masa depan anak-anak sekarang berada dalam corakkan ku.. Huhuhuhuhu... Moga2 aku menjadi guru yg diredhaiNya..Amin~

22 Jun 2009 tarikh keramat. Aku kembali ke IPT (Inst. Perguruan Islam Kampus Pendidikan Islam, Bangi) bagi menyambung pelajaran di peringkat Diploma... Sewaktu orientasi, sepanjang masa kena pakai baju kurung putih + tudung labuh putih.. sama macam aku di SMKA dulu.. cuma bezanya kain yang aku pakai kini warna hitam.. Selepas 2 minggu di'polish'kan, aku telah dihantar ke SK Rinching Hilir, Bangi. Jarak perjalanan dari rumah lebih kurang 10 minit dgn 'Jujut'ku..Sekolah yang kecil, pelajar dalam 500 lebih sahaja. namun, pelajar-pelajar dan guru-gurunya memang boleh dibanggakan.. Di sini lah keluarga kedua ku.. Alhamdulillah..

Aku kini telah 3 bulan bergelar pendidik..masih jauh lagi perjalanan ku dlm bidang ini.. mungkin lebih 30 tahun lagi.. itupun jika dipanjangkan usia.. Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam iman.. moga aku dapat menjalankan amanah ini dgn baik.. Amin~