Sunday, August 17, 2008

Atopik Dermatitis??

Lama sungguh tak update blog ni.. kali ni saya nak ajak kengkawan semua berkenalan dengan satu jenis penyakit nih.. Atopik Dermatitis.. baca k! =) semoga mendapat manfaat dari ilmu2 yang berkaitan.. n jgn lupa.. pls makesure persekitaran kita dalam keadaan terkawal.. n jgn lupa amalkan kitar semula k? tin aluminium dalam tong warna apa?? eh eh.. kalau tak pasti, cuba tgk balik kat tajuk atas tuh!

Apa itu Atopik Dermatitis?

Atopik Dermatitis(AD) adalah sejenis penyakit autoimun yang menyerang kulit. Perkataan dermatitis bermaksud radang pada kulit. Manakala atopik pula merujuk kepada reaksi hipersensitiviti dalam pelbagai organ sistem. Atopik Dermatitis merupakan salah satu penyakit yang tergolong dalam kategori Atopik Ekzema (penyakit kulit) dan penyakit ini kebiasaannya adalah bersifat penyakit keturunan. Penyakit ini akan menyebabkan radang yang kronik kepada kulit pesakit namun ianya merupakan sejenis penyakit yang tidak berjangkit. Penyakit ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor sosial, persekitaran dan biologi. Atopik Dermatitis juga dikenali sebagai ekzema atau nama lainnya atopik ekzema. Namun begitu, AD hanyalah salah satu daripada pelbagai jenis penyakit yang tergolong sebagai ekzema.

Penyakit Atopik Dermatitis ini biasanya berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak, tetapi ia juga boleh berterusan hingga ke dewasa. Namun begitu, ianya juga boleh muncul buat pettama kali pada usia yang lebih matang. Dalam kebanyakan kes, terdapat suatu waktu di mana penyakit ini menjadi parah dan tempoh ini dikenali sebagai “exacerbations period” ataupun “flare”: klimaks. Ini diikuti dengan proses penyembuhan di mana kulit menyembuh ataupun sembuh sepenuhnya. Kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai atopic dermatitis ini akan kekal sembuh buat selamanya setelah mereka membesar walaupun kulit meraka kekal kering dan mudah terkena radang. Faktor persekitaran boleh mengaktifkan gejala-gejala AD pada bila-bila masa dalam kehidupan seseorang yang menghidap penyakit keturunan ini..

  • Frekuensi: Penyakit Atopik Dermatitis ini telah wujud sejak era 20-an. Sekarang, ia melibatkan lebih kurang 10-20% golongan kanak-kanak dan 1-3% melibatkan golongan dewasa di negara-negara perindustrian. Prevalens penyakit ini telah bertambah dari semasa ke semasa.
  • Mortaliti/Morbiditi: Penyakit ini tidak membahayakan nyawa melainkan terdapat tindak balas lain.
  • Jantina: Sesetengah kajian menunjukkan hubungan antara jantina walaupun ianya adalah kurang ketara di mana pesakit perempuan mempunyai prognosis yang lebih teruk berbanding pesakit lelaki.
  • Umur: AD biasanya berlaku pada bayi yang berumur 1-6 bulan. Lebih kurang 60% pesakit pertama kali menunjukkan gejala seawal umur 1 tahun dan 90% mula menunjukkan gejala awal pada umur 5 tahun.gejala awal di peringkat dewasa adalah jarang berlaku dan kebiasaanya melibatkan diagnosis yang lain. Gejala penyakit ini boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:
  1. Akut
  2. Subakut
  3. Kronik

PUNCA

Punca bagi penyakit Atopik Dermatitis ini adalah agak sukar untuk difahami dan masih dalam kajian lanjut. Kajian menunjukkan AD terhasil disebabkan oleh interaksi di antara persekitaran, sistem imun badan, dan genetik (keturunan). Pesakit didapati mempuyai sistem imun yang lebih sensitif untuk bertindak-balas terhadap alergen dan bahan-bahan lain yang dapat meransang pruritus (kegatalan yang melampau pada kulit). Kebanyakan pesakit yang menghidap AD mempunyai sejarah alergi dalam diri atau keluarga mereka seumpama resdung (allergic rhinitis) dan asma. Radang pada kulit yang berlaku pada pesakit adalah salah satu daripada respon alergi.

Faktor pencetus kegatalan kulit dalam pesakit Atopik Dermatitis?

Bahan yang boleh menghakis
  • Sabun, bahan pencuci
  • Cecair pembasmi kuman(cth. klorin)
  • Tindak balas dengan:
    • Jus buahan segar, daging, sayuran, dll
    • Bahan kimia, asap, dll.
Alergen dalam udara
  • Debu dan kotoran
  • Binatang peliharaan (kucing>anjing>burung)
  • Debunga (bergantung pada musim)
  • Kulat
  • Kelemumur
  • Mikroorganisma
    • Bakteria –Staphylococcus Aureus (bertindak sebagai patogen atau superantigen)
    • Virus- terutamanya dalam jangkitan dalam saluran pernafasan (upper respiratory tract infection, URTI)
    • Kulat
      • Pityrosporum
      • Candida (jarang)
      • Dermatofit (jarang)
  • Lain-lain
    • Suhu/ Iklim – sesetengah pesakit AD menujukkan gejala-gejala yang lebih teruk pada musim sejuk dan gejala-gejala itu berkurang pada musim panas, manakala gejala seperti resdung menjadi semakin parah pada musim bunga.
    • Makanan- namun tidak semua respon makanan dalam AD merupakan alergi. Sesuatu yang boleh meningkatkan aliran darah melalui kulit (haba, demam) juga boleh menyebabkan kegatalan kulit dalam pesakit atopik. Vasodilator (elemen yang mampu meningkatkan aliran darah) sepeti alkohol, makanan pedas, minuman panas boleh menyebabkan kegatalan. Makanan sawi dan makanan yang mengandungi kandungan histamin yang tinggi seperti keju, tomato, wain merah boleh menyebabkan kulit kemerah-merahan seterusnya pruritus.
    • Psikologi- stres
    • Hormon

Selain itu, bahan-bahan yang boleh menyebabkab kulit menjadi kering boleh memburukkan lagi keadaan kulit pada pesakit AD. Antaranya adalah mandi berlebihan, berenang, basuh tangan, dan menjilat bibir. Tindak balas dengan deodoran, bahan kosmetik dan sabun juga menyumbang sedikit sebanyak. Merokok pula dapat mencetuskan radang.

MEKANISMA PENYAKIT

Punca utama AD adalah kurang jelas. Namun, ianya berkaitan dengan system imun badan dan kebanyakan pesakit diadapati mempunyai kepekatan antibodi E (imunnoglobulin E-IgE) yang tinggi dalam darah walaupun tiada kaitan yang mengaitkan antara IgE dan tahap keseriusan penyakit ini. Apa yang pasti, terdapat kaitan yang kuat antara AD dan penyakit-penyakit keturunan yang lain di mana lebih daripada 50% pesakit AD yang mempunyai sejarah keluarga positif bagi penyakit keturunan ini.

GEJALA-GEJALA

Kebiasaannya, pesakit yang menghidapi Atopik Dermatitis turut menunjukkan gejala-gejala yang lain seperti asma dan resdung. Dalam AD, kulit menjadi sangat gatal dan radang yang berlaku menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, bengkak, merekah, mengeras, bersisik dan menggelupas. Gejala-gejala yang kerap berlaku boleh dibahagikan kepada gejala minoriti dan majoriti. Setiap kriteria muncul sebagai salah satu daripada manifestasi klinikal termasukalah yang bersifat imunologik mahupun fisiologik.

  • Kriteria major (memerlukan 3 atau lebih)
    • Pruritus (kegatalan kuit yang melampau)
    • Flexural lichenification (penyakit kulit di mana beberapa luka yang kecil dan keras berbentuk bulat terjadi pada kulit- berlaku pada pesakit dewasaa)
    • Melibatkan kulit muka dan otot yang melibatkan regangan pada tubuh -pada bayi dan kanak-kanak.
    • Dermatitis – kronik atau ulangan kronik
    • Sejarah atopi (pesakit dan keluarga) : astma, resdung, atopik dermatitis

  • Kriteria minor: (memerlukan 3 atau lebih)
    • Masalah katarak mata
    • Cheilitis – radang pada bibir
    • Konjunctivitis – radang pada konjuntiva yang berulang-ulang
    • Ekzema
    • Muka pucat atau kemerah-merahan
    • Loya
    • Dermatitis pada tangan – bukan alergi
    • Ichthyosis – keadaan kulit yang kering dan bersisik secara kongenital
    • IgE- tinggi dalam plasma darah
    • Ujian reaktiviti kulit (hipersensitiviti jenis 1)
    • Jangkitan pada kulit
    • Dennie-Morgan infraorbital fold
    • Kegatalan kulit semasa berpeluh
    • Keratoconus –kornea mata memuncung di bahagian tengah
    • Keratosis pilaris
    • Radang pada kulit puting payudara
    • Palmar hyperlinearity –pertambahan garisan pada tapak tangan
    • Pityriasis Alba- tompok pucat dan bersisik pada kulit muka- kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak
    • White dermographism – tekanan pada kulit akan menyebabkan kesan tekanan
    • Alergi pada kapas
    • Xerosis- kekeringan pada klit, konjuntiva dan lapisan mukosa

Gejala- gejala AD adalah berbeza mengikut umur pesakit:

  • Bayi : Kesan penyakit (luka) biasanya mula terjadi dalam 3 bulan pertama bagi bayi. Kulit pipi menjadi kemerah-merahan, kering dan bersisik di bahagian tepi mulut dan hidung. Bibir juga boleh di jangkiti apabila bayi menjilat bibir. Kesan AD juga boleh dilihat pada ruang lampin.
  • Kanak-kanak : Kesan AD kebiasaannya dapat dilihat pada bahagian-bahagian badan yang boleh dilipat seperti sendi siku, lutut, ketiak, leher, peha dan sendi kaki. Kesan luka akan menjadi kemerah-merahan, bersisik, mempunyai sempadan yang jelas dan akan menunjukkan lichenification dari semasa ke semasa.
  • Dewasa : kebiasaannya, AD pada golongan dewasa berlaku pada bahagian tangan- dermatitis tangan kerana golongan dewasa lebih terdedah kepada bahan-bahan kimia yang boleh merengsakan kulit berbanding kanak-kanak. Radang pada mata juga sering berlaku pada pesakit dewasa. Ini menyebabkan garisan tambahan pada bahagian kulit bawah mata (Dennie-Morgan infraorbital fold), apabila pesakit menggosok mata keasn dari radang yang berlaku

KESAN DAN KOMPLIKASI

Kerosakan Akut

  • Melibatkan hakisan pada kulit bersama cecair yang mengandungi protin dan sel darah putih disebabkan oleh radang yang berlaku serta menyebabkan bintik-bintik yang menggatalkan pada permukaan kulit yang kemerah-merahan.

Kerosakan Subakut

  • Disifatkan sebagai kulit yang bersisik, menggelupas dan tompok kemerah-merahan.

Kerosakan Kronik

  • Berlaku apabila kulit menunjukkann Flexural lichenification (di mana beberapa luka yang kecil dan keras berbentuk bulat terbentuk pada kulit) dan perubahan tona kulit (hipotonia ataupun hipertonia) bersama tompok-tompok dan bintik-bintik yang menyebabkan kerosakan dan penggelupasan pada kulit.

Kesan-kesan lain

  • Kesan menggaru dan rekahan pada kulit meningkatkan risiko jangkitan kuman pada kulit.
  • Ekzema herpeticum (Kaposi varicelliform eruption) merupakan komplikasi AD yang boleh mengancam nyawa. Keadaan ini biasa terjadi pada pesakit kanak-kanak yang yang terkena jangkitan virus herpes simplex (HSV).
  • Kemerosotan otot atau kedutan akan dikesan pada kulit kesan daripada penggunaan kortikosteroid pada kulit muka atau pada lipatan kulit.
  • Penggunaan ubat kortikosteroid juga akan menyebabkan lapisan kulit luar menipis serta sensitif dan mudah terluka jika terkena tekanan yang kuat.
  • Atopik Dermatitis ini juga boleh mengakibatkan tekanan emosi kepada pesakit di mana ia boleh menyebabkan pesakit berasa malu dengan keadaan kulit selain member gangguan pada tidur disebabkan kegatalan kulit.

DIAGNOSIS

Kebanyakan doktor mengalami kesukaran dalam membuat diagnosis bagi penyakit ini. Oleh itu beberapa criteria telah dikenalpasti untuk mendiagnosis Atopic Dermatitis . Kriteria yang dikemukakan adalah seperti berikut ;

  • Atopi
  • Pruritus (rasa gatal pada kulit)
  • Ekzema (keadaan klinikal di mana tompok-tompok pada kulit menjadi kasar dan melepuh menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang boleh menyebabkan pendarahan)
  • Perubahan pada pembuluh darah.

Kebanyakan kes AD boleh didiagnos daripada

  • sejarah pesakit; sejarah keluarga pesakit berhubung sebarang alahan/alergi; permulaan rasa gatal; bilakah ruam mula muncul, rupa bentuk ruam dan dimana ia berlaku
  • pemeriksaan fizikal terhadap pesakit.

Pakar perubatan juga mungkin akan mengesyorkan ujian alergi bersama ahli imunologi untuk mengenal pasti faktor yang boleh menyebabkan ruam kembali berlaku(flare).

PROGNOSIS

Lebih kurang 90% yang mempunyai AD menunjukkan resolusi spontan selepas baligh. Pesakit dewasa yang masih terus menghidapi AD biasanya memilik radang kulit yang lebih bersifat setempat (localize) dan biasanya melibatkan kulit pada bahagian tangan, kaki atau mata. Terdapat beberapa faktor yang boleh memburukkan prognosis AD. Antaranya adalah :

  • Kulit yang sentiasa kering dan gatal
  • Radang kulit yang parah sewaktu kecil.
  • Sejarah keluarga yang positif
  • Memnghidap asma
  • Pesakit yang menghidap AD sejak dari kecil
  • Berjantina perempuan

RAWATAN

Matlamat rawatan bagi penyakit Atopik Dermatitis adalah untuk mengurangkan gejala-gejala yang diakibatkan oleh AD daripada menjadi semakin parah dan bukanlah untuk menyembuhkan kerana tada ubat yang dapat menyingkirkan penyakit AD ini daripada seseorang pesakit melainkan ianya menyembuh sendiri. Rawatan adalah bertujuan mengurangkan kesakitan dan mengelakkan AD daripada terus merebak ke kawasan kulit yang lain. Antara ubat-ubat yang digunakan untuk AD

  • Ubat sapu steroids-Pesakit mestilah diberitahu mengenai kesan ubat ini iaitu kemerosotan otot pada bahagian yang disapu, hipopigmentasi, kedutan berwarna gelap pada kulit, kulit menipis, dan telangictasia (pengembagan pembuluh darah)
  • Antihistamin
  • Steroid sistemik:
  • Ubat sapu –penghalang calcineurine:
  • Ubat makan- penghalang sistem imun badan( oral immunosuppressive): untuk merendahkan sitem imun badan dan mengurangkan tindak balas system imun terhadap radang yang berlaku.

Sesetengah pesakit AD yang menunjukkan gejala cellulitis (radang pada tisu bawah kulit) ataupun yang mendapat jangkitan perlu dimasukkan ke wad dan perlu diberikan suntikan antibiotic (intravenous,IV) dan ubat pelali.

LANGKAH MENGATASI

Walaupun tiada ubat untuk menyembuhkan AD, ianya boleh dikawal dengan menggunakan langkah-langkah penjagaan serta ubat-ubatn. Langkah penjagaan termasuklah

  • Mandi yang berpatutan,
  • Menjaga kebersihan dan sanitasi diri serta persekitaran utuk mengelakkan jangkitan kuman
  • Mengelakkan penggunaan bahan-bahan yang dapat mempengaruhi keadaan kulit
    • Guna sabun yang sesuai
    • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alergi pada kulit
    • Gunakan ubat sapu yang sesuai pada ruam yang terbentuk
    • Gunakan krim perlindungan cahaya UV
    • Mandi yang berpatutan

RUJUKAN

No comments: