Monday, November 15, 2010

Tidak pernah diundang tetapi sering MENZIARAHI ~

Hari berganti Hari. Keadaanku semakin tenat...

...

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

Yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah Lori.

Dan darahku membasahi jalan..


....

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat Ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada Ku teramat berat sesak menghimpit Dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....

Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara TU? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.Dan bila tiba saatnya,Kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

...

"Yassin.......".

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang Dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan Ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah Dan penuh kesah.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek............".

Mari cu... Ikut nenek..

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

''Ayah.......kau datang ayah.......".

"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik Dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut Dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh Ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup Mata memandang Dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".


"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,Dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat Dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".


Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.


Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!


“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..

Wednesday, May 19, 2010

Tanda2 Penyakit ^.^

1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

—————————— —————————— ————–

2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iv) Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

—————————— —————————— ————–

3. KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

—————————— —————————— ————-

4. BIBIR .. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.

—————————— —————————— ————–

5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

—————————— —————————— ————–

6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
—————————— —————————— ————–

B. KULIT
1. PELUH
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
—————————— —————————— ————–
2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
—————————— —————————— ————–
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
—————————— —————————— ————–
4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
—————————— —————————— ————–
5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

—————————— —————————— ————–

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
1. SENDI SAKIT
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
—————————— —————————— ————–
2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
—————————— —————————— ————–
3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
—————————— —————————— ————–
4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
—————————— —————————— ————–
5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
—————————— —————————— ————–
6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
—————————— —————————— ————–
7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
—————————— —————————— ————-
8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


2. TANDA-TANDA DALAMAN


A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. —————————— —————————— ————–

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.—————————— —————————— ————–

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah —————————— —————————— ————–

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain. —————————— —————————— ————–

4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.—————————— —————————— ————–

5. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. —————————— —————————— ————–

B. MULUT/KERONGKONG
1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
—————————— —————————— ————–
2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
—————————— —————————— ————–
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.
—————————— —————————— ————–
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

—————————— —————————— ————–

C. KENCING
1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
—————————— —————————— ————–
2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
—————————— —————————— ————–
3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
—————————— —————————— ————–
4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
—————————— —————————— ————–
5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

—————————— —————————— ————–

D. BUANG AIR BESAR
1. CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
—————————— —————————— ————–
2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
—————————— —————————— ————–
3. NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
—————————— —————————— ————–
4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang

—————————— —————————— ————–

E. TINDAK BALAS BADAN
1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
—————————— —————————— ————–
2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
—————————— —————————— ————–
3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
—————————— —————————— ————–
4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

—————————— —————————— ————–

F. TINDAK BALAS EMOSI
1. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
—————————— —————————— ————–
2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
—————————— —————————— ————–
3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
—————————— —————————— ————–
4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
—————————— —————————— ————-
5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.

Drink Water ^.^



Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack


Wednesday, February 3, 2010

Kesihatan : Khasiat Pisang!




Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Friday, January 22, 2010

SUNGAI DI BAWAH LAUTAN...Subhanallah!






Kisah Air
Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...!

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Tuesday, January 12, 2010

Atmosfera : Menurut AlQuran dan Sains



Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

“Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah; 29)

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. “ (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera.
Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu.
Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan.
Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.

(tribute : Arwah Akh Fadhiri)

Happy 3rd Anniversary

Pada tanggal 11 Januari 2007, jam 8.45 malam.. bermulalah kehidupanku sebagai isteri.. pejam celik.. pejam celik.. tak perasan 3 tahun dah berlalu.. pernikahan ketika kami menuntut di IPT memang dipenuhi pelbagai suka duka, pahit manis.. tetapi lebih manis apabila segala onak dan ranjau yang berduri ditempuhi bersama.. semua itu asam garam dalam kehidupan.. memang seronok melayari bahtera rumah tangga dengan orang yang disayangi.. lebih seronok apabila kehadiran diri ini disayangi dan dihargai... :)

11 Januari 2010 - Diari aku hari ini seperti biasa, ke sekolah jam 12.30 tghari untuk mengajar anak didik ku yang baru masuk sekolah.. 1 Melur, 1 Orkid.. semuanya baru ingin menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran di sekolah.. antara nama yang aku ingat; Sharil, Aina, Nabhan Hakim, Aisyah, Zahirah dan lain2.. semuanya comel2 dan mulut yang tak boleh dizip.. hehe.. ada je keletah dan perangai yang mencuit hati.. Setelah selesai tugas, aku pulang ke rumah.. agak letih mengajar sesi petang.. tak sama ketika aku mengajar sesi pagi tahun lepas...

Sekitar jam 6.50 petang, aku sampai di rumah.. buah hatiku menyambutku dgn senyuman yang panjang.. kenapa pula ni ye?? suami aku memang selalu tersenyum.. namun jarang dia senyum selebar ini...hehe.. senyumnya sampai ke telinga.. siap bukakan pintu kereta utk aku keluar.. hehe.. romantiknya! sememangnya buah hati aku ni seorg yang romantis.. aku sangat bertuah mendapat suami sepertinya..

Apabila aku masuk ke rumah, mataku terpandang sesuatu di atas meja.. wah, kek yang cantik.. kek coklat memang favourite aku sejak di bangku sekolah.. sebab itulah aku tembam sampai mcm ni, asik makan kek coklat je.. hehe.. anyway, thank you so much, my dear.. sedap kek ni.. kek utk kita.. malam tu, aku tengok seronok betul buah hatiku ni makan kek.. tak pernah aku tengok dia makan kek dengan kuantiti yang banyak melainkan kek ini.. jauh di sudut hatiku, aku panjatkan syukur kepadaMu.. terima kasih, duhai Allah...


Cap Jari : Rahsia Ilmu Allah

Allah menerangkan bahawa pada hari kiamat, Allah akan kumpulkan kembali segala tulang belulang manusia dari mana ia berada walaupun tulang itu sudah menjadi habuk yang halus.

Seorang sahabat, Adwi ibn Abi Rabiah bertanya:"Adakah selepas mati kebangkitan semula? dan bagaimanakah Allah kumpulkan tulang belulang selepas menjadi habuk?"

Juteru, Allah turunkan wahyu bermaksud: "Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya? Bukan dengan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun kembali hujung jari jemarinya dengan sempurna”. (surah al-Qiyamah,3-4).

Menerusi ayat, Allah sudah kemukakan ilmu yang saintifik kepada manusia dalam mengenali atau mengenal pasti secara terperinci terhadap mana-mana individu menerusi cap jari tangan manusia.

Rahsia ilmu ini diturunkan di Mekah ditemui melalui penyelidikan forensic yang mangagumkan ahli sains terutama Barat.

Institusi mengesan dan menyelidik jenayah di Britian, Scotland mengiktiraf cap ibu jari sebagai alamat pengenalan individu pada 1902, diikuti polis di New York pada 1903.

Menerusi rahsia ilmu yang diturunkan oleh Allah, didapati rakaman dan garisan berjalur bulatan pada cap hujung jari individu khususnya cap ibu jari dalah berlainan antara individu .


Malah pada abad ke-21, penggunaan cap jari mula dipraktikkan pada urusan passport, keluar masuk pejabat kerajaan serta aspek keselamatan berbanding sistem pengenalan individu yang dikenali sistem Bertillon yang mengenalpasti gambar muka, ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri /panjang jari kecil kiri.

(tribute : Al-akh Fadhiri yang telah kembali ke rahmatullah 11Jan 2010)