Friday, January 22, 2010

SUNGAI DI BAWAH LAUTAN...Subhanallah!






Kisah Air
Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...!

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Tuesday, January 12, 2010

Atmosfera : Menurut AlQuran dan Sains



Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

“Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah; 29)

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. “ (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera.
Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu.
Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan.
Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.

(tribute : Arwah Akh Fadhiri)

Happy 3rd Anniversary

Pada tanggal 11 Januari 2007, jam 8.45 malam.. bermulalah kehidupanku sebagai isteri.. pejam celik.. pejam celik.. tak perasan 3 tahun dah berlalu.. pernikahan ketika kami menuntut di IPT memang dipenuhi pelbagai suka duka, pahit manis.. tetapi lebih manis apabila segala onak dan ranjau yang berduri ditempuhi bersama.. semua itu asam garam dalam kehidupan.. memang seronok melayari bahtera rumah tangga dengan orang yang disayangi.. lebih seronok apabila kehadiran diri ini disayangi dan dihargai... :)

11 Januari 2010 - Diari aku hari ini seperti biasa, ke sekolah jam 12.30 tghari untuk mengajar anak didik ku yang baru masuk sekolah.. 1 Melur, 1 Orkid.. semuanya baru ingin menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran di sekolah.. antara nama yang aku ingat; Sharil, Aina, Nabhan Hakim, Aisyah, Zahirah dan lain2.. semuanya comel2 dan mulut yang tak boleh dizip.. hehe.. ada je keletah dan perangai yang mencuit hati.. Setelah selesai tugas, aku pulang ke rumah.. agak letih mengajar sesi petang.. tak sama ketika aku mengajar sesi pagi tahun lepas...

Sekitar jam 6.50 petang, aku sampai di rumah.. buah hatiku menyambutku dgn senyuman yang panjang.. kenapa pula ni ye?? suami aku memang selalu tersenyum.. namun jarang dia senyum selebar ini...hehe.. senyumnya sampai ke telinga.. siap bukakan pintu kereta utk aku keluar.. hehe.. romantiknya! sememangnya buah hati aku ni seorg yang romantis.. aku sangat bertuah mendapat suami sepertinya..

Apabila aku masuk ke rumah, mataku terpandang sesuatu di atas meja.. wah, kek yang cantik.. kek coklat memang favourite aku sejak di bangku sekolah.. sebab itulah aku tembam sampai mcm ni, asik makan kek coklat je.. hehe.. anyway, thank you so much, my dear.. sedap kek ni.. kek utk kita.. malam tu, aku tengok seronok betul buah hatiku ni makan kek.. tak pernah aku tengok dia makan kek dengan kuantiti yang banyak melainkan kek ini.. jauh di sudut hatiku, aku panjatkan syukur kepadaMu.. terima kasih, duhai Allah...


Cap Jari : Rahsia Ilmu Allah

Allah menerangkan bahawa pada hari kiamat, Allah akan kumpulkan kembali segala tulang belulang manusia dari mana ia berada walaupun tulang itu sudah menjadi habuk yang halus.

Seorang sahabat, Adwi ibn Abi Rabiah bertanya:"Adakah selepas mati kebangkitan semula? dan bagaimanakah Allah kumpulkan tulang belulang selepas menjadi habuk?"

Juteru, Allah turunkan wahyu bermaksud: "Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya? Bukan dengan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun kembali hujung jari jemarinya dengan sempurna”. (surah al-Qiyamah,3-4).

Menerusi ayat, Allah sudah kemukakan ilmu yang saintifik kepada manusia dalam mengenali atau mengenal pasti secara terperinci terhadap mana-mana individu menerusi cap jari tangan manusia.

Rahsia ilmu ini diturunkan di Mekah ditemui melalui penyelidikan forensic yang mangagumkan ahli sains terutama Barat.

Institusi mengesan dan menyelidik jenayah di Britian, Scotland mengiktiraf cap ibu jari sebagai alamat pengenalan individu pada 1902, diikuti polis di New York pada 1903.

Menerusi rahsia ilmu yang diturunkan oleh Allah, didapati rakaman dan garisan berjalur bulatan pada cap hujung jari individu khususnya cap ibu jari dalah berlainan antara individu .


Malah pada abad ke-21, penggunaan cap jari mula dipraktikkan pada urusan passport, keluar masuk pejabat kerajaan serta aspek keselamatan berbanding sistem pengenalan individu yang dikenali sistem Bertillon yang mengenalpasti gambar muka, ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri /panjang jari kecil kiri.

(tribute : Al-akh Fadhiri yang telah kembali ke rahmatullah 11Jan 2010)