Thursday, December 4, 2014

Program Free Market

Assalam Blog.. Alhamdulillah baru-baru ni kami anjurkan FreeMarket @Bukit Mahkota. 1st time dalam sejarah hidup saya. Apa tu FreeMarket ek?? Sama dgn Carboot Sale ker? Episod kali ni, saya nak share sikit ttg Freemarket @ Bukit Mahkota ni.. ~ Mana tahu ia boleh dijadikan panduan oleh orang lain yang turut nak menganjurkan program seumpamanya di tempat lain.

KERTAS KERJA (PROPOSAL)

PENGENALAN :

Free Market merupakan program CHARITY yg julung kali diadakan di Bkt Mahkota. Wajahnya seakan-akan pasar lambak / pasar malam / pasar siti khadijah.. cuma bezanya semua di sini adalah PERCUMA. Segala urusan hanya menggunakan senyuman dan ucapan terima kasih. Urusniaga menggunakan wang atau sistem barter adalah dilarang sama sekali.

TARIKH & TEMPAT :

30/11/2014 (Ahad)
Padang Seksyen 2, Bukit Mahkota.. Berhadapan dgn Surau al Muhajirin (Seksyen 3) 
dan Gerai Cendol Sawit/Nasi Kerabu..

SASARAN:

Terbuka kepada seluruh penduduk setempat dan masyarakat luar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tetamu Khas (Anak yatim dan ibu tunggal kawasan setempat)

OBJEKTIF:

1. Memperkenalkan konsep FreeMarket kpd khalayak ramai.
2. Memupuk semangat dan sifat memberi atau bersedekah.
3. Mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.
4. Membantu dan meringankan beban golongan yg memerlukan.
5. Mengurangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan.

WAKTU OPERASI :

Kehadiran penyumbang jam 7.00 pg
Kehadiran VIP (anak yatim, ibu tunggal, OKU) jam 8.30 pg
Kehadiran orang awam bermula jam 9.00 pg hingga 11.00 pagi

PELAKSANAAN:

Segala barang-barang yg dibawa akan disusun kemas di atas alas / tikar.
Pada jam 8.30 pagi, FreeMarket hanya dibuka utk golongan VIP (spt yang tertera di atas).
Kemudian bermula jam 9.00 pg barulah orang awam dibenarkan masuk ke kawasan FreeMarket.

Sekiranya pengunjung berminat terhadap sesuatu barang, pengunjung tersebut hanya perlu meminta izin utk mengambilnya. Diikuti dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Ambil barang mengikut keperluan shj dan tidak berebut-rebut.
Para pengunjung dikehendaki MEMBAWA SHOPPING BAG sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan dlm FreeMarket ini.

KATEGORI SUMBANGAN - PERCUMA:

BARANG-BARANG YANG BOLEH DISUMBANGKAN :
  • Barang2 baru / terpakai seperti pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alatulis, bahan bacaan dll
  • Perkhidmatan & kemahiran seperti menggunting rambut, DJ, pemeriksaan kesihatan, bekam, inai, persembahan nasyid, clown n balloons, dll
  • Bahan mentah seperti beras, roti, gula, tepung, sayur2an, minyak dll
  • Makanan dan minuman utk dijamu kpd para pengunjung.

BARANG YG DILARANG:
  • CD atau DVD cetak rompak, brg2 haram, atau yang tidak bermanfaat.

PENUTUP:

Alhamdulillah sewaktu Program FreeMarket, turut dianjurkan Khatan Perdana oleh Jawatankuasa Surau al Muhajirin dan ditaja oleh Yayasan Nassar. Syukur, segala yg dirancang dpt dilaksanakan dgn jayanya. Jutaan terima kasih kpd semua yg memberi sokongan. Moga segala usaha ini sentiasa diberkati  Jangan takut untuk memberi. Yakinlah "The More You Give.. The More You'll Get Back." Insya Allah ~


Bustel, Melaka

    • Cuti Sekolah Dec 2014
      Assalam blog, episod kali ini nak share perjalanan ke Melaka n budget2nya sekali.. Hari Rabu, jam 12 tghri kami bertolak dr Bukit Mahkota dan exit tol Alor Gajah.. terus menuju ke Pantai Klebang melalui Highway AMJ. Sekitar jam 2 ptg kami check in Bustel (Bus+hotel) di Dataran 1Malaysia. Satu malam RM120 utk cuti am / cuti sekolah. Hari biasa RM80 kalau x silap. Kawasan ni baru beroperasi sekitar 4 bulan lepas.
    • Pemandangan sekitar Bustel
      Bas lama yang diubahsuai
      Ingatan!
      Kami duduk bas Batu Berendam





      Bg yg berminat RM20 utk 10minit

      Kunci Bas kami :)
      Ada katil, TV, almari, aircond, bathroom
      Dalam 'bas'
    • Lepas check in dan solat, kami menuju ke Bandar Hilir. Dlm perjalanan, kami singgah di Coconut Shake Original yang terkenal di sini. Lorong masuknya kecik je. kalau nak cari, perhatikan Caltex. Kalau dr Klebang, lorongnya betul2 selepas Caltex di sebelah kiri. 
    • Nasi Lemak x2 = 2.60
    • Coconut Shake Special x2 = 4.40
    • Kuih muih sepinggan = 4.00 
    • Parking = RM3
    • Cendol Durian = RM3.50
    • Kami parking belakang bangunan merah Stadthuys.. charge RM3 sampai malam. Byk souvenir yg blh dicari di sini.. tapi kami x beli pun sbb sblm cuti baru ni saya dah beli masa ikuti lawatan sekolah.
      Harga keychain 6unit = rm10.. Fridge magnet 3unit = rm10..
      Kalau ke sini, mesti singgah pekena cendol durian di seberang jalan bangunan merah ni.. Memandangkan dah kenyang, kami kongsi berdua je semangkuk ni..
    • Coconut Shake Special RM2.20


      Pintu masuk




    • Bangunan Stadthuys
      Cendol durian RM3.50 semangkuk
      Sgt Sedap!





      • Jonker Walk


    • Kemudian kami jalan-jalan di Jonker walk.. Ala2 mcm Petaling street.. Byk kedai2 binaan lama.. Kami sekadar mncuci mata. Sempat kami singgah di Surau warisan dan Portugese wall.. Senibina lama yg masih utuh.. 

      Kami bercadang nak naik Cruise slps matahari terbenam. Orang kata, waktu mlm lebih cantik, dapat melihat warna warni bndaraya melaka di sepanjang sungai melaka.. Sementara mnunggu, kami dihiburkan pemain gitar bersama teman ciliknya.. Sgt seronok!

      Harga tiket cruise utk dewasa rm10 seorg lbh kurg stgh jam. Di sepanjng sungai, terdpt byk mural2 yg dilukis di tepi bangunan.. Juga, dpt dilihat Perkampungan Morten sejak 1920. Senibina pkampungan ini dikekalkan dan dipelihara oleh kerajaan negeri Melaka.

      Tiket Cruise x2 = RM20
      Mineral Water = RM1.50

      Para penumpang dibenarkn turun di mana2 jetty seandainya mahu ke destinasi lain. Kami turun bhampiran bangunan merah kerana kereta kami park di sini.. 
    • Sblm balik bustel, kami ronda2 di kawasan masjid selat yg mana turut bfungsi sbg rumah api bg kapal2 pedagang yg lalu di selat melaka. Smpi di Dataran 1 Msia, kami sggh makan di bus-cafe.. Sambil layan citer Rambo.
    • Set Nasi Putih + Asam pedas Tenggiri + Air = FOC
    • Otak-otak x5 = RM4
    • Set Nasi Goreng Kg + Air = RM6.50


      Portugese Wall

    • Naik Cruise :)






    • Toilet ni pun kena snap.
      Boleh buat mural kat sekolah nnti :p
      Perkampungan Morten
      Beca warna-warni RM20 1 pusingan 
    • Ziarah Makam Hang Tuah

      Coconut Shake utk bekal dlm kereta











    • FOC !

      Tepi Sg Melaka

      Baucer makanan dari Bustel


































    • Esok pagi, kami sarapan nasi berlauk dan kemudian ziarah Makam Hang Tuah.. makam ini terletak lebih kurang 2km dari Bustel. kami check out kul 12tghri, sblm blk kami sggh tapau coconut shake utk bekal di perjalanan..  babai melaka :)

      Sarapan x2 = RM12
      Coconut Shake x2 (takeaway) = RM5

      Minyak kereta <>RM35
      Tol pergi balik RM20
      Bustel = RM120

      Total = RM241.50