Assalam Blog.. Alhamdulillah baru-baru ni kami anjurkan FreeMarket @Bukit Mahkota. 1st time dalam sejarah hidup saya. Apa tu FreeMarket ek?? Sama dgn Carboot Sale ker? Episod kali ni, saya nak share sikit ttg Freemarket @ Bukit Mahkota ni.. ~ Mana tahu ia boleh dijadikan panduan oleh orang lain yang turut nak menganjurkan program seumpamanya di tempat lain.
KERTAS KERJA (PROPOSAL)
PENGENALAN :
Free Market merupakan program CHARITY yg julung kali diadakan di Bkt Mahkota. Wajahnya seakan-akan pasar lambak / pasar malam / pasar siti khadijah.. cuma bezanya semua di sini adalah PERCUMA. Segala urusan hanya menggunakan senyuman dan ucapan terima kasih. Urusniaga menggunakan wang atau sistem barter adalah dilarang sama sekali.TARIKH & TEMPAT :
30/11/2014 (Ahad)Padang Seksyen 2, Bukit Mahkota.. Berhadapan dgn Surau al Muhajirin (Seksyen 3) dan Gerai Cendol Sawit/Nasi Kerabu..
SASARAN:
Terbuka kepada seluruh penduduk setempat dan masyarakat luar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tetamu Khas (Anak yatim dan ibu tunggal kawasan setempat)OBJEKTIF:
1. Memperkenalkan konsep FreeMarket kpd khalayak ramai.2. Memupuk semangat dan sifat memberi atau bersedekah.
3. Mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.
4. Membantu dan meringankan beban golongan yg memerlukan.
5. Mengurangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan.
WAKTU OPERASI :
Kehadiran penyumbang jam 7.00 pgKehadiran VIP (anak yatim, ibu tunggal, OKU) jam 8.30 pg
Kehadiran orang awam bermula jam 9.00 pg hingga 11.00 pagi
PELAKSANAAN:
Segala barang-barang yg dibawa akan disusun kemas di atas alas / tikar.Pada jam 8.30 pagi, FreeMarket hanya dibuka utk golongan VIP (spt yang tertera di atas).
Kemudian bermula jam 9.00 pg barulah orang awam dibenarkan masuk ke kawasan FreeMarket.
Sekiranya pengunjung berminat terhadap sesuatu barang, pengunjung tersebut hanya perlu meminta izin utk mengambilnya. Diikuti dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Ambil barang mengikut keperluan shj dan tidak berebut-rebut.
Para pengunjung dikehendaki MEMBAWA SHOPPING BAG sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan dlm FreeMarket ini.
KATEGORI SUMBANGAN - PERCUMA:
BARANG-BARANG YANG BOLEH DISUMBANGKAN :- Barang2 baru / terpakai seperti pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alatulis, bahan bacaan dll
- Perkhidmatan & kemahiran seperti menggunting rambut, DJ, pemeriksaan kesihatan, bekam, inai, persembahan nasyid, clown n balloons, dll
- Bahan mentah seperti beras, roti, gula, tepung, sayur2an, minyak dll
- Makanan dan minuman utk dijamu kpd para pengunjung.
- CD atau DVD cetak rompak, brg2 haram, atau yang tidak bermanfaat.
PENUTUP:
Alhamdulillah sewaktu Program FreeMarket, turut dianjurkan Khatan Perdana oleh Jawatankuasa Surau al Muhajirin dan ditaja oleh Yayasan Nassar. Syukur, segala yg dirancang dpt dilaksanakan dgn jayanya. Jutaan terima kasih kpd semua yg memberi sokongan. Moga segala usaha ini sentiasa diberkati Jangan takut untuk memberi. Yakinlah "The More You Give.. The More You'll Get Back." Insya Allah ~LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGANJURKAN FREEMARKET
Berikut antara langkah2 yang boleh digunapakai mengikut kesesuaian. Seandainya ada cadangan yg lebih baik, boleh diutarakan di sini.
- Bina satu team penggerak dengan kerjasama NGO/Persatuan yang boleh membantu menjalankan program dan agihkan mengikut bidang tugas.
- Cari tarikh yang sesuai.
- Kenalpasti lokasi yang strategik dan tahap keselamatan di kawasan berkenaan. Pastikan kawasan tersebut mempunyai parking yang luas. (cth : padang, dewan, dataran, foyer dll)
- Reka iklan / flyers / poster / banner dan cari penaja.
- Iklankan di media sosial, di tempat2 awam dan kawasan berhampiran. Edar flyers di rumah-rumah, pasar malam dan tempat orang berkumpul seminggu sebelum program. Jangan terlalu awal kerana boleh menyebabkan orang terlupa ttg tarikh tersebut.
- Cari penaja yang boleh memberikan perkhidmatan / servis, makanan, bahan mentah dan sebagainya secara percuma.
- Cari penyumbang yang boleh hadir pada hari program seramai yang boleh.
- Jika para penyumbang tidak dapat datang, barang sumbangan boleh dikumpulkan di tempat2 tertentu dan disaring. Hanya barang yang elok sahaja boleh diterima untuk FreeMarket. Juga, perlu mencari ramai sukarelawan untuk menguruskan barang2an tersebut.
- Cari pusat2 kebajikan atau persatuan2 yang menguruskan anak yatim / ibu tunggal untuk dijadikan VIP dalam program tersebut.
- Sediakan tag khas untuk VIP bagi membezakan tetamu VIP atau pengunjung biasa.
- Sediakan tag untuk urusetia dan sukarelawan serta sijil penghargaan jika perlu.
- Sediakan peta lokasi bagi pengunjung yang jauh.
- Sediakan peralatan sebaik mungkin seperti pembesar suara / PA sistem, sekatan lalu lintas, penanda had kawasan dan apa-apa yang perlu pada hari kejadian.
- DJ atau juruacara memainkan peranan besar utk menguruskan keadaan dan kebersihan kawasan program.
- Sediakan cenderahati kepada penyumbang jika perlu.
Moga tips-tips ini dapat membantu sedikit sebanyak. Sebarang komentar amatlah dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment